Penafian (Disclaimer)
Laman web AMYMOTO disediakan sebagai platform maklumat bagi bakal pembeli kenderaan Perodua di Malaysia. Dengan melayari laman web ini, anda faham dan bersetuju dengan penafian berikut:
1. Bukan Laman Web Rasmi
Laman web ini dikendalikan secara peribadi oleh seorang perunding automotif (automotive consultant) bebas. Kami tiada kaitan rasmi, naungan, pengesahan atau hubungan perniagaan dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) atau mana-mana anak syarikatnya, dan segala kandungan di sini tidak mewakili pandangan rasmi mereka.
2. Ketepatan Maklumat
Walaupun kami berusaha untuk memastikan semua maklumat (seperti harga, spesifikasi, dan stok) adalah tepat, kesilapan teknikal atau kesilapan manusia mungkin berlaku. Harga sebenar adalah tertakluk kepada invois rasmi pada tarikh pendaftaran kenderaan.
3. Urusan Kewangan
Kami bertindak sebagai perantara untuk membantu permohonan pinjaman anda. Keputusan kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya kepada kriteria bank masing-masing. Kami tidak menjamin kelulusan 100% bagi setiap permohonan.
4. Hak Cipta & Logo
Logo Perodua, nama model, dan imej kenderaan adalah hak milik terpelihara Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd. Rujukan di laman web ini adalah untuk tujuan pengenalan produk dan maklumat sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang naungan, pengesahan, pentauliahan atau perwakilan rasmi oleh PERODUA.
5. Hubungi Automotive Consultant
Sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara laman web ini dengan laman web rasmi Perodua, maka maklumat di laman web rasmi Perodua adalah dirujuk sebagai yang muktamad.
AMYMOTO - Automotive Consultant Perodua
WhatsApp: 010-8326425